CARA PENGIRAAN ZAKAT EMAS DAN PERAK NEGERI SEMBILAN

🥰CARA PENGIRAAN ZAKAT EMAS DAN PERAK NEGERI SEMBILAN🥰


Assalamualaikum...hai peminat-peminat emas sekalian..woooww..banyaknya emas..mesti berat ni...hahahha..itu belum campur emas yang tidak dipakai ni kan...

dalam 2 ..3 hari ni aku duk belek-belek info pasal zakat emas ni..cara kira zakat emas terutamanya..bukannya ape..nak share ngn orang  pn mestilah ade info yang tepat kan..kang sesat la kkang..no..no..no..woke..

sebelum ni dok tengok ceramah ustaz Don Daniyal pasal kira zakat emas negeri selangor ni..owh cm ni kirenye...ok2...tp bila dok google2 info kira zakat emas negeri-negeri lain..eh apasal lain..bukak lagi youtube penceramah2 lain pasal kira zakat ni...eh x sama..kenapa ek..???hah tak puas hati ni..

so..hari ni ada kesempatan menelefon pusat zakat negeri sembilan cawangan bahau terus..tempat aku tinggal..so penjelasan pegawai zakat...en saufi..

encik nak tanya la..kenapa ek..cara kira emas bagi negeri-negeri lain tak sama...owh..memang tak sama puan..dia kene ikut majlis fatwa negeri masing-masing..uruf dia tak sama..termasuk cara kira..macam negeri sembilan dengan selangor cara kira dia sama..owh cm tu ye encik.

uruf bagi negeri sembilan adalah 200g  untuk zakat emas yang dipakai dan emas semasa pada 8.7.2020 adalah RM 246.59..untuk emas yang disimpan adalah sebanyak 85g ..dan untuk emas yang disimpan ni..aku tengok kebanyakan negeri adalah sama..

bagi emas yang disimpan di pajak gadai ni selama setahun tidak perlu dizakatkan kerana bukan hak pemilik lagi selagi tak di tebus..

bagi emas yang ada batu pulak..batu tidak akan dikira..tapi tak pulak dicabut batu ...cuma pusat zakat akan buat anggaran shj dr segi berat untuk dizakatkan..

so..conclusionnye...huhu..kalau nak bayar zakat  emas boleh la pi pusat zakat masing-masing atau kol je diorang..

tapi bagi negeri sembilan boleh layari www.pbmalns.gov.my..dah ada kalkulator zakat emas disimpan dan di pakai siap-siap..

jadi formula zakat emas yang dipakai (uruf 200g)

berat emas yang dizakatkan - emas semasa x2.5%


zakat emas disimpan 

berat emas x2.5%

 jadi aku bagi contoh sekali yang aku dah edit mengikut harga emas semasa pada 8.7.2020.

ZAKAT EMAS

a) Emas Yang Disimpan

Emas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram) maka, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.

Contoh Pengiraan :

tarikh:8.7.2020(rabu)

Emas yang disimpan atau tidak dipakai sebanyak 115gram iaitu melebihi nisab, maka zakatnya ialah sebanyak :

= 115 gram x RM 246.59(*harga semasa 1 gram emas)

= RM 28357.85  x 2.5%

= RM 708.95 (zakat yang dikenakan)

 

b) Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi 'URUF' (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi uruf, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau nilai lebihan uruf itu. Penggunaan uruf ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada Mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini uruf yang digunakan di Negeri Sembilan ialah 200 gram.

Contoh Pengiraan :

tarikh:8.7.2020(rabu)

Seorang wanta yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri sebanyak 300 gram emas maka cara pengiraannya ialah :

= 300 gram (emas yang dipakai) - 200 gram (uruf)

= 100 gram x RM246.59 (*harga semasa 1 gram emas)

= RM 24659. x 2.5%

= RM 616.48(jumlah zakat yang dikenakan).

 

ZAKAT PERAK

Perak yang disimpan dalam tempoh setahun jika melebihi nisab (595 gram).

Contoh Pengiraan :

tarikh:8.7.2020( rabu)

1000 gram x RM 2.30 (*harga semasa 1 gram perak)

= RM 1368.50 x 2.5%

= RM 34.21 zakat yang dikenakan.


Comments

Popular posts from this blog

😫😫GASTRIK+GERD+PANIC ATTACK+ANXIETY😫😫PENCEGAHAN AWAL???🤔🤔

CARA PENGIRAAN UPAH SIMPAN GADAIAN EMAS DI AGROBANK

🥰CCRIS DAN CTOS DALAM PAJAK GADAI AR RAHNU